Pages

Subscribe:

Labels

30 Jun 2011

Malam ini AZ layan Transformer Dark Of The Moon


Malam ini AZ  nak pi tonton filem Transformer 3  ini ... dapat seat kira ok la belakang juga la .Itu pun sebab pi beli awal sehari .  Nanti lepas tonton AZ akan cuba review filem ini untuk yang belum menonton lagi .


Kelayakan Piala Dunia 2014 : Malaysia atasi Taiwan 2 - 1

Walaupun pasukan negara menang 2 - 1 di tempat sendiri , tetapi laluan penuh berliku menanti di Taiwan . AZ berharap skuad Harimau Malaya dapat bangkit semula dalam perlawanan kedua dan seterusnya layak ke pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia .







25 Jun 2011

Himpunan kotor BERSIH bakal merosakkan keamanan negara


AZ tidak menyokong langsung himpunan Bersih 2.0 yang akan dianjurkan oleh pakatan pembangkang diketuai Ambiga , Anwar Ibrahim dan Mat Sabu ini .  Ia jelas menyusahkan rakyat pada hari berkenaan malah merosakkan keamananan negara .

AZ minta pihak polis bertegas dalam hal ini dan kalau boleh pergi tangkap saja pemimpin2 utama penganjur himpunan ini kerana tindakan mereka boleh gugat ketenteraman awam .




24 Jun 2011

Kisah cintan AZ & tanda - tanda orang jatuh cinta




Cinta , Pyar , Ishq  , love   adalah satu anugerah tuhan yang tak tenilai untuk setiap  insan di muka bumi termasuk AZ sendiri  . Cuma yang  mempunyai akal, fikiran, hati & perasaan sahaja akan merasai benda ini . Kalau orang gila di hospital sakit jiwa itu tak ada la kot cinta ....haha

AZ  kalau hendak tengok   filem  tentang  cinta ,  selalu layan filem hindustan lakonan Datuk SRK , Salman Khan , Hritik , Aamir Khan , Akshay Kumar ...dan ramai lagi la . Bukan sebab filem cinta Melayu atau Indon ini tak bagus ..tetapi ayat bollywood ini lagi power !

Cinta  juga dikatakan mai  dari hati  ( ini baru ikhlas )  bukannya  cinta yang palsu datang dari nafsu ! Kalau ikut nafsu itu yang berlambak video lakonan sendiri dalam handphone serta  banyak gejala buang bayi .

AZ pernah bercinta ??  Tak pernah sebab AZ  yang saja dilamun cinta tetapi si gadisnya anggap kawan saja .. haha ..

Frust menonggeng  ?  Tak la ....

Sebab  pernah AZ  tengok satu filem , tak ingat pulak tajuknya   .. dalam dunia ini ada 2 benda saja kita jangan kejar iaitu

1) keretapi
2)  Awek

Mengapa 2 contoh ini dikaitkan ?   Sebabnya ia ada persamaan ... keretapi kalau kita terlepas , tunggu lah trip yang berikutnya dilaluan itu juga .  Begitu juga dengan perempuan di mana kalau dia tidak suka kita, cari lah yang  baru ..


AZ ada search di google tentang cinta ini , dan untuk yang pertama artikel tentang cinta ... diletakkan dahulu tanda-tanda jatuh cinta ..



- Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela & ikhlas bukan kerana terpaksa.

- Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

- Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

- Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

- Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

- Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

- Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.

- Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

- Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

- Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

- Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

- Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

- Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

- Dia ikhlas mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

- Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

- Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.

- Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kasihnya dgn sabar.

- Dia suka membanggakan kekasihnya di depan org lain.

- Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

- Apabila muncul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

- Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

- Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

- Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan ( yang ni kalau perempuan itu tak mau lagi  rugi lah  ) 

Tahniah ! Skuad Olimpik Malaysia kalahkan Lubnan 2 -1


AZ nak ucapkan tahniah kepada skuad Olimpik Malaysia yang dibarisi pemain Harimau Muda kerana berjaya mengalahkan Lubnan 2- 1 dalam pusingkan kedua kelayakan Pra Olimpik 2012 .

Mendebarkan sungguh game ini dan AZ terpaksa tunggu hingga wisel penamat ... walau bagaimana pun anak buah Ong Kim Swee telah menunjukkan semangat juang yang tinggi walaupun bermain 10 orang .

Kepada team Ultras Malaya ... AZ nampak berminat hendak sertai team hang pa ni . Tunggu kehadiran Ultras Penang nanti ..



21 Jun 2011

Maharaja Lawak : Sepah sudah jadi SEMPOI !!

Foto terbaru seksi Manohara di kelab


AZ tidak terkejut dengan penampilan seksi  Manohara Odelia Pinot  terbaru ini di sebuah kelab malam  kerana sebelum ini sudah tersebar banyak gambarnya di internet .

Tetapi agak mengejutkan juga dikatakan wanita disebelah itu adalah ibunya . AZ rasa macam orang lain saja .

KL Gangster kutip RM 11 juta , dapat pujian Rais Yatim sebagai filem contoh !



Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, memuji kehebatan filem KL Gangster, yang kini melakar sejarah tersendiri dalam industri perfileman Melayu.

Beliau berkata, filem arahan pengarah muda, Syamsul Yusof, itu boleh dijadikan sebagai filem contoh dan sesuai untuk tontonan umum. Malah sesuai ditonton golongan remaja untuk dijadikan iktibar.

Setelah menonton sendiri KL Gangster, ia boleh dikatakan filem contoh dan nyata ia berjaya menarik banyak peminat yang tidak mahu terlepas menyaksikannya sendiri di pawagam,” katanya ketika ditemui pada Malam Penghargaan Industri Filem 2011.

Industri filem katanya kini nyata menunjukkan banyak perubahan ke arah positif dan semakin dimartabatkan melalui kemampuan penggiat seni tempatan menghasilkan karya lebih berkualiti.


Syamsul bangga kutipan cecah RM11 juta

Syamsul Yusof, meluahkan rasa bangga dengan pengiktirafan diberikan oleh Datuk Rais Yatim. Malah dia juga bersyukur apabila filemnya itu tidak dipandang negatif oleh penonton dan juga peminatnya sepanjang tempoh tayangan.

“KL Gangster penuh dengan mesej berguna kepada penonton dan mereka didedahkan dengan apa yang berlaku kepada masyarakat remaja masa kini.

“Malah saya juga tidak menjangkakan jumlah kutipan sebanyak ini, namun bersyukur sebab bukan keuntungan diutamakan, tetapi selera dan kehendak penonton yang diberi perhatian.

“Filem ini juga tiada unsur bertujuan menjatuhkan mana-mana pihak kerana ia adalah hasil karya yang telah dibuat kajian dahulu sebelum memulakan sesi penggambaran,” katanya yang turut ditemui pada majlis itu.

Syamsul berkata, kejayaan tersebut adalah bukti jelas bahawa rakyat sebenarnya dahagakan karya anak Malaysia dan dia yakin mampu memberi 100 peratus sokongan pada industri perfileman tempatan.

Sementara itu, filem kelima arahannya itu kini berjaya mencapai kutipan RM11 juta sejak ditayangkan pada 9 Jun lalu. Berita itu dimaklumkan sendiri oleh pengarah ini menerusi laman sosial facebooknya.

““Kejayaan ini bukan kejayaanku dan warga kerja SKOP Production semata. Ini adalah kejayaan buat semua penggiat seni filem tanah air dan dalam masa sama kejayaan buat semua rakyat Malaysia” itulah bait-bait cukup bermakna Syamsul yang dipaparkan menerusi laman Facebooknya.

Melihat pada sambutan filem ini, maka tidak mustahil jumlah itu akan meningkat hingga RM12 juta. Satu angka melebihi dua kali ganda kutipan pernah diraih bapanya, Datuk Yusuf Haslam, yang mendapat gelaran ‘Six Milion Dollar Man’ menerusi filem Sembilu.


‘Galak lebih banyak filem’ - Datuk Sohaimi

Dalam pada itu, Ahli Lembaga Finas, Datuk Sohaimi Shahadan, berkata, berdasarkan rekod Finas setakat ini, KL Gangster berjaya meraih kutipan RM10.3 juta dan jumlah tersebut amatlah membanggakan dalam sejarah perfileman Melayu.

“Jumlah itu adalah fenomena baru dari pengarah baru seperti Syamsul Yusof. Malah ia memberi kesan positif terhadap pembangunan filem kita. Jika sebelum ini finas mensasarkan satu filem dalam satu minggu, kini ia sudah melebihi sasaran dan banyak filem menanti giliran.

“Saya berharap ia bukanlah sekadar musim dan kejayaan KL Gangster ini harus dijadikan ilham kepada semua karyawan di luar sana. Walaupun filem ini adalah hiburan ringan, namun ia mampu memberi mesej dan pengajaran berguna buat penonton, terutamanya remaja.

“Maka, setiap penerbit dan pengarah harus menghasilkan filem yang ada mesej. Walaupun KL Gangster ada aksi negatif, namun saya percaya ia tidak mempengaruhi penonton kerana penonton sekarang sudah bijak menilainya,” katanya turut kagum dengan kehebatan KL Gangster.

Nong Poy antara lelaki paling cantik di dunia !

Nong Poy, dikatakan sebagai lelaki paling cantik di dunia.
Di sebalik kecantikannya yang luar biasa, sebenarnya Nong Poy Treechada adalah seorang lelaki yang telah melakukan pembedahan kelamin pada usia 17 tahun.
Nong Poy sewaktu menyertai pertandingan ratu cantik.
Nong Poy yang lahir pada tahun 1984 ini memiliki ketinggian 171 sentimeter, ukuran badan 33-24-36 dan berat 48 kg.
Jiwa ke’wanita’annya sudah mulai dirasakan sejak Nong poy berada di bangku sekolah rendah lagi.
Nong Poy merasakan dirinya lebih sesuai menjadi seorang perempuan berbanding lelaki.
Nong Poy sudah lama bermimpi untuk menjadi seorang perempuan, tetapi jika dia berada di hadapan orang tuanya, Nong Poy masih berkelakuan seperti lelaki.
Nong Poy melakukan pembedahan pada saat berumur 17 tahun.
Pada awalnya Nong Poy sangat takut melakukan pembedahan tersebut, tetapi setelah meminta nasihat dengan ramai doktor pakar, akhirnya dia memutuskan untuk melakukan pembedahan menukar jantina tersebut.
Proses pembedahan itu sangat menyakitkan bagi Nong Poy.
Dia mengalami kesakitan yang luar biasa,tapi demi ‘cita-cita’nya menjadi seorang perempuan,dia tidak ambil peduli dengan rasa kesakitan pada saat itu.
Setelah dia berubah menjadi ‘perempuan’,rasa sakit itu dianggapnya sebagai berbaloi.
Dua tahun setelah melakukan pembedahan, Nong Poy berhasil memenangi Pertandingan Kecantikan ‘Miss Tiffany‘ pada saat dia berumur 19 tahun.
Pada tahun yang sama, Nong Poy menjadi Miss International Queen (Lady-Boy) 2004.
Dia semakin dihargai bukan semata-mata kerana prestasi di pentas dunia yang dia perolehi.
Tidak seperti wanita transgender lainnya, Nong Poy tidak melakukan pembedahan plastik pada wajahnya.
Dia hanya melakukan pembedahan pada anggota tubuhnya dan menukar alat kelaminnya menjadi wanita.
Oleh kerana itu, dia pun ditawar sebagai Model,Bintang Iklan dan juga Pengacara di Thailand.
Selain cantik,Nong Poy juga bijak dan berbakat.
Kecerdasan dan kecantikannya pada akhirnya dapat diterima dengan baik oleh masyarakat Thailand.
‘Nong Poy Treechada’ yang nama sebenarnya ‘Treechada Petcharat’, dikatakan kononnya sudah bertunang dengan seorang aktor lelaki Thailand.
credit to www.mynewshub.my

19 Jun 2011

Filem sains fiksyen Super 8 kembalikan nostalgia 70 an .


Petang tadi AZ sudah pergi menonton filem SUPER 8  yang diarahkan J.J Abrams dan diterbitkan oleh Steven Spielberg di pawagan GSC .  Penonton boleh dikatakan penuh hingga AZ dapat kerusi di depan sekali .

Filem ini berkisar tentang sekumpulan budak yang obses membuat  video untuk filem pendek yang secara tidak sengaja terbabit merakamkan kemalangan keretapi yang membawa seekor raksasa Alien  milik Tentera Udara US . 

Pelbagai kejadian pelik berlaku di pekan terbabit selepas kemalangan keretapi itu tetapi cuba dirahsiakan oleh pihak tentera. 

Kepada peminat filem sains fiksyen seperti Race To Witch Mountain , filem ini tidak menghampakan anda . Latar belakang prop  70 an dalam filem ini menarik sekali dan kamera video  SUPER 8 seperti ini tentu jarang dilihat di zaman sekarang .



 comel betul pelakon utama Joel Courtney dan Elly Fanning ...




Takziah & Al Fatihah .. Pelawak terkenal Zami Ismail meninggal dunia


Pelawak veteran, Zami Ismail,67, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad akibat kegagalan jantung.

Menantu sulung Allahyarham, Azizah Amdih,35, berkata, Allahyarham yang dimasukkan ke IJN sejak dua minggu lalu dilaporkan tenat pada malam Sabtu dan terpaksa bergantung hidup dengan bantuan mesin perubatan.

“Doktor memberitahu jantungnya sangat lemah dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Kritikal (CCU) sehinggalah pada malam tadi (Sabtu) keadaanya menjadi semakin tenat. Bagaimanapun Allah lebih sayangkan dia,” katanya kepda mStar Online ketika dihubungi di sini, Ahad.

Azizah berkata, pihaknya reda dengan pemergian Allahyarham dan berharap semua peminat dapat mendoakan kesejahteraannya.

Allahyarham yang popular dengan drama “Pi Mai Pi Pai Tang Tu” pada tahun 1980-an turut berlakon hampir 20 buah filem termasuklah dua filem yang belum ditayangkan iaitu “Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit” dan “Shh… Dia Datang”.

Dia juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik, Festival Filem Malaysia ke 9 (FFM9) pada tahun 1991 menerusi filem "Mak Som".

Jenazah Allahyarham dijadual akan dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halamannya di Tapah, Perak.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim,58, dan sembilan orang anak.

Ucop Wilcha " bako " jadi deejay konti Hot FM



Bila AZ baca akhbar semalam , nak ucapkan tahniah kepada Usop Hantu Kak Limah atau lebih dikenali dengan nama Usop Wilcha .

Abang Usop Wilcha dilamar oleh stesen radio terkenal iaitu Hot.FM untuk menjadi salah seorang daripada penyampai di sana. AZ tidak dapat bayangkan meriah lah konti HOT FM itu dengan telatah Usop ini bersama Fafa dan Faizal Ismail .

AZ memang peminat filem Mamat Khalid ini sejak dari filem Zombie Kg Pisang sehingga lah Hantu Kak Limah ..


rezeki murah buat Ucop yang mungkin selepas perkahwinannya kot ....

ASTRO bakal diboikot jika naikkan caj



Kenaikan harga langganannya atau berdepan dengan tindakan boikot secara besar-besaran oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, selain Astro, pihaknya juga bersedia melancarkan boikot terhadap penaja dan syarikat pengiklan dengan syarikat televisyen tersebut.

"Tindakan Astro menaikkan kadar bayaran langganan sehingga RM15 sebulan adalah tidak wajar kerana syarikat itu telah mendapat keuntungan menjangkau RM831 juta setahun.

"Sebanyak RM31 juta daripada jumlah itu merupakan hasil keuntungan daripada iklan yang disiarkan. Malah tindakan mengenakan caj sebanyak RM20 untuk menyambung perkhidmatan Astro juga tidak munasabah kerana ia tidak melibatkan sebarang kerja teknikal, mereka hanya perlu menekan satu butang sahaja," katanya pada satu sidang akhbar di sini semalam.

Astro baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuat kuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.

Komen AZ 

ASTRO jangan hanya memikirkan keuntungan sahaja tanpa mengambil kira beban rakyat . Untung sudah lah ratusan juta , ini tidak masih lagi hendak cekik duit rakyat .

AZ setuju sangat kempen boikot ASTRO jika mereka naikkan juga caj baru langganan.

18 Jun 2011

Tahniah ! Malaysia benam Myanmar 2 - 0 di Kota Bharu






Akhirnya kemenangan bergaya Malaysia di Stadium Kota Bharu dengan menundukkan Myanmar 2-0 menunjukkan momentum skuad Rajagopal konsisten selepas memenangi Piala  Suzuki  .

Gol Malaysia dijaringkan oleh Mohd AmirulHadi dan Badrul Baktiar sudah cukup untuk skuad negara yang turun dalam perlawanan ini tanpa lima tonggak utama .  AZ lihat barisan pemain-pemain gantian yang cuba digunakan Rajagopal dalam perlawanan seperti  Mohd Farisham Ismail  , Shakir Shaari dan beberapa lagi pemain membuahkan hasil . 

Tahniah skuad harimau Malaya ! 

Live ! Malaysia VS Myanmar di Kota Bharu 2 - 0


Perlawanan persahabatan diantara Malaysia dengan Myanmar   ini  baru sahaja bermula pada 8:40 ini bertempat di Stadium Sultan Muhammad IV . Lebih 12,000 penonton dari Kelantan hadir bagi memberi sokongan kepada pasukan Harimau Malaya .

-  Kedudukan terkini  minit 27  :  Malaysia  telah mendahului 1 - 0  menerusi jaringan Mohd Amirul Hadi Zainal menerusi gerakan cukup menarik dan menyudakan peluang . Syabas !

- Malaysia menambahkan lagi gol menerusi Badrul Baktiar  ..kedudukan sekarang 2 - 0

Selamat Datang ke AKIM ZONE


As salam kepada semua warga blogger tidak kira blog cinta, politik ,dan bisnes  di alam maya ini terutamanya  di Malaysia  .Hari ini  18 June 2011 jam 4.57 pm , blog AKIM ZONE telah dilancarkan bagi memeriahkan dunia blogger ini .

Blog AKIM ZONE ini hanya sekadar untuk bersosial  disamping berkongsi kisah-kisah menarik dalam kehidupan seharian kita  .  Semoga pembaca-pembaca sudi menjadi follower blog ini ..


AKIM ZONE ....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...