Pages

Subscribe:

Labels

6 Nov 2011

Cara memilih calon isteri



Tahukah anda wahai insan bergelar wanita, betapa sukarnya pada masa ini untuk mencari seorang individu dari kalangan anda untuk dijadikan seorang isteri yang benar-benar solehah iaitu yang baik aspek agamanya. Lalu, sang lelaki kebanyakannya menghadapi kesukaran untuk membuat pilihan antara wanita yang kebanyakan atau harus terus menunggu dalam usaha pencarian wanita solehah sehingga memakan masa yang panjang. Kerana lamanya menunggu kelibat wanita solehah. Kemungkinan wanita solehah ini duduknya sememangnya sentiasa di rumah agaknya. Hakikatnya itulah yang terbaik sebenarnya.

Berikut adalah merupakan sedikit perkongsian yang telah saya selidiki dan perolehi daripada beberapa buah buku yang mana dengan harapan boleh dijadikan rujukan sama ada buat si pemuda atau perempuan umumnya.

Kepada si lelaki, mungkin tulisan ini mampu menjadi rujukan dalam usaha membuat penilaian terhadap karektor seorang wanita yang baik yang harus dipilihnya.

Manakala, bagi seorang perempuan, mungkin boleh dijadikan sebagai panduan untuk memperbaiki diri agar anda sentiasa tergolong dalam rangkaian dan barisan wanita yang solehah dan bakal dipilih oleh juga pemuda yang soleh. insyaALLAH.. .

Dalam persoalan ini, apabila seorang pemuda telah menemukan atau hendak menemukan seorang calon isteri yang dipandangnya sepadan dan berkenan di hati, hendaklah ia memeriksa sifat yang terpuji dan kriteria pegangan agama yang ada padanya. Janganlah kita hanya memfokuskan semata-mata kepada karektor duniawi, kekayaan, kecantikan dan kedudukan. Kerana di dalam suatu hadis Rasulullah s.a.w., seseorang wanita itu sebaiknya dipilih untuk dinikahi adalah kerana berdasarkan agamanya yang baik dan bukannya karena karektor selainnya.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah bersabda:


“Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karena kedudukannya/ keturunannya, karena kecantikannya dan keranan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))

Ini kerana, dengan karektor agama yang baik inilah sebenarnya ia mencakupi segala faktor-faktor yang lainnya. Dengan aspek agama yang baik ini, keindahan akhlaknya terserlah, kecantikannya terjaga dan terpelihara, malahan martabat dan kehormatannya berbanding wanita di kancah masyrakat kebanyakan juga tinggi nilainya.

Secara umumnya, mereka yang baik agamanya dan lebih taqwanya adalah mulia dan dipandang tinggi di sisi Allah s.w.t.

“Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu...” (al-Hujuraat 49: 13)

Sahabat-sahabat yang saya sayangi, di sini ingin saya nyatakan bahawa faktor atau aspek kecantikan itu bukanlah tidak diperlukan. Tetapi yang ingin saya maksudkan adalah janganlah sehingga kita membataskan semata-mata keinginan kita kepada kecantikan, kerana ia bukanlah prinsip yang dianjurkan Rasulullah s.a.w. sendiri dalam persoalan pemilihan pasangan Isteri.

Dalam hal ini, Sheikh al-‘Azim Abad di dalam kitab ‘Annul Ma’buud Syarh Sunan Abi Daud, ada menyatakan bahawa yang sewajarnya dipilih adalah wanita yang baik agamanya dan memiliki adab yang baik agar kelak berupaya menjadi pertimbangan kepadanya dalam pelbagai urusan kehidupan, terutamanya dalam urusan rumahtangga. Oleh kerana itu, Nabi s.a.w. memerintahkan supaya mencari wanita beragama yang merupakan puncak kepada pencarian (keutamaan pilihan).

Dengan merujuk pula kepada firman Allah s.w.t. berikut:

“Maka wanita yang solehah, ialah yang ta’at kepada Allah lagi memelihara dirinya (kehormatannya) ketika suaminya tiada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka)." (Surah an-Nisaa’ 4: 34)


Sufyan ats-Tsauri berkata (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dalam Tafsirnya (5/38) dengan sanad yang shahih): Kalimah “Qaanitaat” membawa maksud wanita yang taat kepada Allah dan kepada suaminya.”

Nabi pernah ditanya tentang sebaik-baik wanita, yang mana Baginda bersabda:

“Iaitu yang taat apabila diperintah, yang menyenangkan apabila dipandang serta menjaga diri dan harta suaminya.” (Hadits bertaraf sahih, diriwayatkan oleh imam Ahmad (4/341))

Bertepatan dari anjuran hadis Rasulullah ini, maka keutamaan kita dalam memilih calun isteri adalah menjurus kepada wanita yang baik urusannya dalam menjaga kehormatan dirinya dan harta suaminya, sama ada ketika berada di sisi suami, keluarga ataupun di ketika waktu ketiadaan suaminya, secara zahir dan batin yang didasari hati yang bersih serta suci lantaran kesan pegangan agamanya.

Dari kalangan tabi’in, Qatadah bin Di’aamah As-Saduusi pula berkata: “(Wanita yang septutnya menjadi pilihan) Adalah yang menjaga apa-apa yang telah Allah serahkan agar dijaga dari hak-hak suaminya. Menjaga dirinya saat suaminya tidak berada di sisinya.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir (5/39) dengan sanad yang shahih)

Telah disebutkan di atas tentang sifat sebaik-baik wanita iaitu,

“Serta menjaga diri dan harta suaminya.”

Abdullah bin Amru r.a. berkata: “Mahukah kalian aku beritahu tentang tiga jenis manusia yang celaka:

(iaitu) Imam yang zalim, bila engkau berbuat baik kepadanya ia tidak berterima kasih, jika engkau berbuat salah kepadanya ia tidak memaafkan. Tetangga/jiran yang jahat, jika ia melihat kebaikan padamu ia tutup-tutupi, jika melihat keburukan padamu ia menyebarkannya. Isteri yang buruk tabiatnya, jika engkau berada di sisinya ia membuatmu gusar/tidak senang. Dan bila engkau tidak berada di sisinya ia berkhianat.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam kitab Al-Mushannaf (3/559) dengan sanad yang shahih)

Seterusnya, carilah wanita yang memiliki sifat-sifat yang penyayang. Semua ini mampu memberi infect atau kesan yang baik kepada anak-anak kelak serta kepada hati suami yang utamanya. Dalam hal ini,

Nabi s.a.w bersabda: “Nikahilah oleh kalian wanita yang penyayang lagi subur, kerana aku akan berbangga dengan jumlah kalian yang banyak di hadapan umat-umat lain pada hari Kiamat.” (Hadis Sahih, diriwayatkan oleh al-Khathib al-Baghdaadi dalam Tarikh Baghdad (12/377))

“Sebaik-baik wanita yang menunggang unta adalah wanita-wanita yang solehah dari suku Quraisy, mereka adalah wanita yang paling sayang kepada anak-anak sewaktu masih kecil dan yang paling menjaga hak dan harta suami.” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhaari (3/240))

Begitulah sebagaimana yang dinyatakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. sendiri perihal keutamaan sikap penyayang pada seorang wanita. Dengan sifat inilah, anak-anak nantinya mampu dididik dengan baik dan penuh perhatian serta kasih sayang seorang ibu. Di sana, peranan ibu adalah suatu keutamaan yang besar sebagai pendidik awal setiap anak-anak yang dilahirkan di dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Dari sinilah bermulanya jati diri anak-anak dibentuk untuk menjadi manusia yang baik di masa hadapan. Dengan gabungan faktor kesolehan seorang wanita yang di-adun dengan sikap amanah, berilmu dan kasih sayang seorang wanita, sudah pasti sesebuah rumahtangga mampu menjadi suatu medan atau institusi yang berkesan dalam melahirkan masyarakat yang islamic dan berdaya maju dari konteks tauhid, ubbudiyyah, mu’amalah, dan material.

Dari sifat yang penyayang juga, ia berupaya melahirkan sikap yang menyenangkan. Dan kriteria ini jugalah yang dititikberatkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana dalam hadisnya tadi, iaitu

“...yang menyenangkan apabila dipandang...”

Peribadi wanita yang bersifat menyenangkan ini apabila dipandang dan bergaul dengannya mampu menjadi penenang dan penunduk hati suami dan keluarga dalam pelbagai urusan rumahtangga. Sifatnya yang elok dipandang mampu mengawal hati suami dan kelak kepada anak-anak untuk sentiasa berperasaan suka dan mendamaikan suasana. Lantas melahirkan satu persekitaran yang harmoni di dalam sesebuah kekeluargaan.

Di samping sifat penyayang dan peribadi yang menyenangkan, faktor untuk mencari wanita yang mampu melahirkan anak yang baik atau faktor kesuburan juga adalah merupakan salah satu kriteria yang dititikberatkan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri.

“Nikahilah oleh kalian wanita yang penyayang lagi subur...”

Dari sudut ini, kelangsungan hidup manusia dan generasi soleh/solehah akan dapat diteruskan melalui kelahiran zuriat-zuriat yang baik. Lantas, dari zuriat yang soleh/solehah (muslim ini) ia berupaya untuk menjaga aspek keturunan dari generasi ke generasi untuk membentuk masyarakat yang menegakkan syari’at Allah, meninggikan agama, memakmurkan alam semesta, dan memperbaiki kehidupan di muka bumi. (Rujuk: Menjaga Kehormatan Muslimah, sheikh Bakr Abdullah Abu Zaid, Daar an-Naba', m/s. 150-151)

Dari sini juga, kita dapat melihat betapa besarnya peranan wanita kepada ummah dan masyarakat sejagat dalam membina ketamadunan dunia. Wanita sebenarnya adalah merupakan akar umbi dan tonggak kepada pelbagai kejayaan generasi manusia.

Jika dilihat kepada sirah di zaman nabi dan para sahabat. Ibu-ibu yang tempatnya di rumah yang mana kefahaman agamanya baik-baik, merupakan faktor yang yang menjadi tonggak kejayaan masyarakat pada zaman itu. Dari didikan seorang wanita yang solehah, lahirnya ramai sekali panglima-panglima perang yang gagah perkasa dan bijaksana dalam mengatur pelbagai strategi ketenteraan. Malah, mampu membina generasi yang handal di medan tempur dan melahirkan para syuhada yang ikhlas dan tulus perjuangannya kepada agama Allah. Dengan didikan para ibulah, lahirnya ramai golongan ulama atau ilmuan tersohor yang sentiasa disebut-sebut namanya sehingga kini.

“Dan para wanita itu mempunyai hak yang seimbang seperti kewajiban yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang ma’aruf (dan tidak dilarang oleh syara’); Dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (al-Baqarah 2: 228)

Dari sini juga kita dapat melihat bagaimana terjalinnya hubungan antara kelebihan kaum wanita dengan kekuatan kaum lelaki sehingga keduanya akan saling melengkapi dengan masing-masing diberikan keistimewaan, keutamaan, dan tanggungjawab masing-masing.

“Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (al-Baqarah 2: 228)

Anjuran Rasulullah s.a.w. yang seterusnya adalah difokuskan kepada gadis-gadis yang perawan/dara iaitu yang masih belum pernah berkahwin;

Ini adalah berdasarkan hadis Jabir bin Abdillah, ia berkata: “Aku baru saja menikah.

Lalu Rasulullah bertanya: “Dengan siapa engkau menikah?”

“Dengan seorang janda.” Jawabku.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Mengapa tidak dengan seorang gadis yang boleh engkau dapat bermain-main dengannya dan dia pun dapat bermain-main denganmu.”

Atau dalam riwayat yang lain beliau mengatakan: “Yang ia boleh membuatmu tertawa gembira dan engkau boleh membuatnya tertawa gembira.” (Hadis Riwayat Bukhari (111/240) & Muslim (11/1078))

Imam An-Nawawi rahimahullah berkata, di dalam Syarah Sahih Muslim (10/294): “Hadits ini menjelaskan tentang kelebihan menikahi gadis perawan/dara, dan menunjukkan bahawasanya menurut keutamaan menikahi mereka adalah lebih baik.”

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w., beliau bersabda: “Nikahlah dengan gadis perawan, kerana mereka itu lebih manis bibirnya, lebih subur rahimnya, dan lebih redha dengan yang sedikit.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah, (no. 1861) di dalam kitab an-Nikah)

Dalam persoalan ini, dapat dibezakan di antara wanita yang janda dengan yang gadis kerana mungkin sahaja wanita yang janda ini sudah memiliki anak yang perlu dijagai dan memerlukan lebih perhatian kepada anaknya. Selain itu, mungkin juga dia sudah beberapa kali hamil dan akan memiliki kebarangkalian keletihan untuk hamil lagi dan memiliki hasrat untuk tidak mahu memiliki anak lagi. Mungkin juga ia mampu mengganggu hubungan seksual suami dan isteri kerana kebiasaannya wanita yang berstatus janda tidak cukup dengan hubungan/layanan yang sedikit. Berbeza dengan gadis yang masih belum pernah berkahwin, ia lebih mudah terangsang dan redha dengan layanan yang sedikit. (Rujuk: Indahnya Menikah ‘Ala Sunnah Nabi, Amru Abdul Mun’im Salim, Daar an-Naba’, m/s. 52)

Akhir sekali, suatu yang perlu di-ambil perhatian. Bahawasanya Allah dan Rasul-Nya melarang lelaki ataupun sebaliknya untuk menikahi atau mengahwini pasangan yang terdiri dari kalangan penzina. Tetapi pilihlah wanita yang mulia, suci dan terjaga kehormatannya sebagaimana yang dinyatakan di awal tulisan ini tadi,

“...yang ta’at kepada Allah lagi memelihara dirinya (kehormatannya) .” (an-Nisa’ 4: 34)

Persoalan ini juga dijelaskan oleh Allah s.w.t. sebagaimana di dalam firman-Nya yang berikut:

“Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mukmin.” (an-Nuur 24: 3)

Dalam suatu riwayat, sebelum turunnya ayat ini seorang sahabat bernama Abu Martsad al-Ghanawi r.a. datang menemui Rasulullah s.a.w. meminta restu/keizinan untuk menikahi seorang wanita pelacur yang dahulunya semasa jahiliyyah adalah bekas kekasihnya (wanita itu bernama ‘Anaq). Dan sehinggalah turunnya ayat di atas (Surah an-Nuur 24: 3) Rasulullah s.a.w. menjelaskan “Jangan dinikahi wanita itu!” (Diriwayatkan oleh imam yang empat kecuali Ibnu Majah)

Ini antaranya adalah kerana wanita penzina dan pelacur itu boleh mengganggu urusan kebahagian sesebuah rumahtangga dan institusi kekeluargaan pasangan suami isteri. Malah status pelacur/penzina ini sendiri menurut Ibnu Umar r.a. adalah merupakan antara manusia yang celaka sebagaimana riwayat ini (telah dijelaskan di awal tulisan), “wanita yang apabila engkau tidak berada di sisinya ia berkhianat.”

Manakala menurut Hasan al-Basri rahimahullah; “Tidaklah halal dinikahi wanita penzina dan wanita simpanan.” (Diriwayatkan oleh Sa’id bin Mashur dalam as-Sunan (5/8) dengan sanad yang sahih)

Adapun begitu, andainya dia (wanita yang awalnya seorang penzina) merupakan dari kalangan wanita yang sudah bertaubat dan sudah meninggalkan perbuatan pelacuran, maka keharaman itu terhilang dan termansuh sebagaimana menurut Abdullah bin Abbas r.a.: “Awalnya zina akhirnya nikah, awalnya haram akhirnya halal.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah (3/529) dengan sanad yang sahih)

Dan daripada firman Allah s.w.t.:

"...kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (an-Nuur 24: 5)

Shilah bin Asyyam rahimahullah berkata: “Tidak mengapa menikah keduanya samaada wanita atau pemuda dengan penzina yang telah bertaubat kepada Allah. Allah lebih berhak menerima taubat keduanya. Jika keduanya adalah penzina dan belum bertaubat, maka lelaki yang buruk pasangannya juga adalah dengan wanita yang buruk pula. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi syaibah (3/528) dengan sanad yang sahih)

Sebagai kesimpulan, membuat pilihan calon isteri bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang remeh. Ia amat berat pada hakikatnya kerana ia bakal menjaga urusan dalam kekeluargaan yang diketuai oleh seorang lelaki bernama suami. Dan bakal menjadi pembimbing anak-anak atau zuriat yang kelak bakal dilahirkan. Kriteria-kriteria yang baik berserta kebijaksanaan dalam pelbagai bidang ilmu tertentu dan persoalan keagamaan perlu dilihat sebagai keutamaan supaya segala perjalanan kehidupan di masa mendatang bakal ter-urus dengan baik dan tersusun. Supaya kelak, kehidupan anda bersama keluarga bakal mengecapi suasana yang aman bahagia dan tenteram. Lantas mampu melahirkan masyrakat yang berhubungan dengan harmoni.

Antara ciri-ciri yang lain bagi calon isteri yang baik secara umum adalah seperti berilmu, sentiasa bersyukur, tahu menjaga hubungan yang baik dengan kaum keluarga kedua belah pihak, memiliki daya kepimpinan terhadap pengurusan rumahtangga dengan baik, memahami kehendak/keperluan suami, batas pergaulannya terjaga, dan sentiasa menjaga penampilan yang baik.

“Kebahagiaan manusia ada tiga: Wanita yang solehah, tempat tinggal yang baik, dan kenderaan yang baik. Sedangkan kesengsaraan manusia ialah: Wanita yang buruk (perangainya) , tempat tinggal yang buruk, dan kenderaan yang buruk.” (Hadis Riwayat Ahmad (1/168), dengan sanad yang sahih)

Dan mereka berkata (berdoa): "Wahai Tuhan kami, anugerahilah kepada kami isteri-iesteri kami dan zuriat keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. (al-Furqan 25: 74)

Dan sebaik-baik wanita itu adalah mereka yang soleh dalam agamanya, sebagaimana hadis berikut:

“Dunia itu seluruhnya adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan dunia adalah isteri yang solehah.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab ar-Ridha)

InsyaALLAH,

Sumber: KLIK DI SINI 

3 Nov 2011

RM 20 ribu harga kos perkahwinan sekarang , mampukah generasi muda cari sebanyak itu ?




RM40,000! Itulah jumlah duit minimum yang diperlukan oleh pasangan kekasih yang ingin melangsungkan perkahwinan. Jumlah ini adalah untuk kenduri yang dikira sebagai ‘tersangat biasa’. Pecahan perbelanjaan secara kasar adalah seperti berikut :

Item                                       Harga seunit                               Unit Jumlah

Kad jemputan          70 sen      500 keping                                  RM350
Catering                  RM10       1,000 orang                                RM10,000
Door gift                  RM3        1,000 orang                                RM3,000
Sewa dewan                                                                              RM2,000
Jurugambar                                                                                RM2,000
Pelamin                                                                                      RM800
Persalinan pengantin                                                                   RM700
Solekan                                                                                     RM200
DJ                                                                                             RM400
Marhaban                                                                                  RM200
Silat                                                                                           RM200
Jumlah                                                                                      RM19,850


Jumlah kenduri untuk sebelah pihak sahaja sudah hampir mencecah RM20,000. Jika kedua-dua belah pihak jumlahnya adalah RM40,000. Perlu diingatkan kos di atas hanyalah untuk majlis kenduri dan tidak termasuk kos pengangkutan, dulang hantaran untuk majlis pertunangan dan nikah, cincin tunang dan kahwin, mas kahwin, upah jurunikah dan kursus perkahwinan yang dianggarkan sekitar RM5,000 untuk kedua-dua belah pihak.

Seorang graduan yang baru menamatkan pengajian dan baru memasuki alam pekerjaan hanya akan mendapat gaji sekitar RM1,500-RM2,500 sahaja. Setiap bulan mereka perlu menjelaskan pelbagai bil seperti elektrik, air, telefon, hutang kereta, hutang PTPTN, sewa rumah, duit minyak dan tol. Oleh kerana bebanan kos sara hidup yang tinggi di kawasan bandar, mereka hanya mampu menyimpan sekitar RM500-RM1,000 sahaja untuk sebulan. Jika kedua-dua pasangan sudah mempunyai pekerjaan, mereka tetap memerlukan masa sehingga 2 atau 3 tahun untuk mengumpul duit.

Bagaimanakah cara untuk mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh golongan muda ini?

Kumpulan 3G - Yassin , Enot , Didie mahu buat penonton ketawa



BERHADAPAN dengan 16 lagi kumpulan yang bertanding bagi merebut gelaran juara Maharaja Lawak Mega (MLM) bukanlah sesuatu yang mudah.

Pun begitu, bagi pasukan yang terdiri daripada dua kuntum bunga dan seekor kumbang ini, keserasian merupakan senjata utama untuk meneruskan langkah. Kalau boleh, sehingga ke peringkat akhir.

Menamakan kumpulan mereka sebagai 3G, Yassin Yahya, Enot dan Didie Alias membuka langkah persembahan pertama mereka dalam MLM Jumaat lalu, dengan penuh keyakinan.

Telatah bersahaja dan ekspresi muka Yassin sudah cukup untuk mengundang penonton tidak kering gusi.
Ini kerana trademark wajah yang selamba milik Yassin merupakan bahan gelak penonton di rumah dan di Royal Theater Selangor di Shah Alam yang mengikuti MLM secara langsung di Astro Warna.
Tidak cukup dengan penampilan Yassin, kebecokan mulut Didie dan Enot turut membuatkan keadaan bertambah bingit apabila ketiga-tiga mereka beraksi di pentas MLM.

Ternyata, ungkapan serasi yang diucapkan oleh mereka dalam persembahan pada malam itu, bukanlah sesuatu yang dibuat-buat tetapi ia benar-benar dapat dirasai oleh penonton.

Bagi Yassin, apa yang dipersembahkan oleh 3G pada malam itu adalah hasil perbincangan dan persetujuan yang dicapai sesama sendiri.

Mendengarkan kata-kata yang terpacul daripada mulut Yassin, Didie atau nama sebenarnya, Fadzilah Mohammad @ Ali mengangguk-anggukan kepalanya tanda bersetuju dengan pendapat Yassin.

“Jadi, dengan masa yang sangat terhad, kami gunakan dengan sebaik mungkin bagi memastikan apa yang dirancang untuk dipersembahkan kepada penonton, berjalan lancar,” kata Didie bersungguh.

Bagi Alliza Abdullah atau lebih dikenali sebagai Enot, masa yang diberikan oleh penganjur (tiga minit 30 saat) untuk persembahan merupakan satu cabaran.

Jelasnya, dalam tempoh sesingkat itu, ketiga-tiga ahli 3G perlu menonjolkan diri masing-masing sambil mengekalkan elemen lucu.

3G dengan rendah dirinya memberitahu Hits, mereka tidak meletakkan harapan yang menggunung tinggi untuk bergelar juara MLM sebaliknya lebih senang hadir sebagai peserta berkumpulan yang mampu menggeletek hati penonton.

Yassin muncul kembali

Memulakan langkah sebagai anak seni selepas menyertai pertandingan realiti televisyen Sinaran Passport Kegemilangan pada tahun 1997, nama Yassin lebih sinonim dengan kumpulan lawak nombor satu negara, Senario.
Bertahan hampir 10 tahun di bawah payung Senario, zaman kegemilangan Yassin dilihat berakhir apabila dirinya terpalit dengan gejala negatif.

Agak lama juga, pelakon filem Aku Kaya The Movie (2003) ini berdiam diri namun hari ini, Yassin bangkit di atas pentas MLM bersama kumpulan 3G.

“Saya bersyukur kerana MLM adalah platform untuk saya beraksi bersama Didie dan Enot menghiburkan penonton.

“Terus terang saya katakan di sini bahawa inilah kali pertama kami bergandingan. Oleh itu, kualiti persembahan harus dipertingkatkan dari minggu ke minggu.

“Saya amat berharap peminat dan juga penonton di rumah terhibur dengan persembahan kami dan ingin menyaksikan aksi 3G pada minggu kedua dan seterusnya,” kata Yassin yang juga muncul sebagai side kick kepada Apek dalam filem Duyung (2008).

Yassin mengakui tidak mahu bersikap hipokrit dengan mengatakan kumpulan 3G tidak mensasar salah satu tempat di peringkat akhir.

Katanya, walaupun MLM baru sahaja bermula namun mereka berpandangan jauh.
Katanya, jika 3G dapat mengekalkan momentum persembahan dan muncul pada setiap minggu, itu merupakan satu bonus bagi kumpulan mereka.

Didie bijak bahagi masa

Walaupun baru sahaja pulang dari Korea kerana terbabit dengan rancangan travelog yang dikendalikan oleh Awal Ashaari dan juga Scha Alyahya, Didie bijak mengatur jadual seninya dan mencuri masa untuk menyertai MLM.

Bagi Didie yang terkenal sebagai artis wanita yang kuat bekerja, setiap peluang dan ruang yang datang akan digunakan sebaiknya kerana bidang seni merupakan punca pendapatan beliau selama ini.
Biarpun tidak pernah mengeluh penat namun dia mengakui, perlu pandai mengatur masa agar tidak terlalu terkejar-kejar.

Kata Didie, rezeki pemberian Tuhan kepadanya dan keluarga tidak akan disia-siakan.

“Saya sebenarnya baru sahaja selesai menjalani penggambaran telemovie Biar Mimpi Sampai ke Bintang.
“Dalam pada itu, saya juga terlibat dengan penggambaran drama bersiri, Peah Gossip bersama Fasha Sandha.

“Memanglah kalau diikutkan terasa penat tetapi saya suka dengan apa yang saya lakukan sekarang ini. Ia sudah menjadi darah daging saya,” katanya ketika ditemui selepas siaran langsung MLM selesai.
Kata Didie, tumpuannya kini lebih kepada 3G kerana menyedari, saingan daripada peserta-peserta lain tidak kurang hebatnya.

Justeru, katanya, 3G memerlukan momentum terbaik kerana selain mahu menghiburkan peminat, biarlah persembahan 3G mendapat tempat di hati penonton dan para juri.

MLM dunia Enot

Seluruh tenaga dan minda Enot difokuskan kepada 3G walaupun dalam masa yang sama, pelakon comel ini menjalankan perniagaan keknya.
Kata Enot, apabila dia tidak menerima sebarang tawaran berlakon sekarang ini, masanya memang sesuai untuk tumpuan sepenuh masa kepada 3G.

“Menyertai MLM bersama Didie dan Yassin adalah suatu langkah yang tidak pernah terlintas di fikiran saya.
“Apatah lagi beraksi dan bersaing dengan 16 peserta termasuk dari negara-negara jiran kita.

“Maka itulah, bagi saya mahupun dua lagi rakan dalam 3G, kami akan cuba untuk memberikan persembahan terbaik,” katanya yang belum merasa puas menghiburkan penonton MLM.

Kata Enot, walaupun kehadiran 3G dalam MLM sebagai peserta underdog namun mereka serius dalam memberikan persembahan pada minggu hadapan.

“3G akan mencari idea yang lebih bernas dengan lawak yang lebih bersahaja untuk penonton. Apabila penonton ketawa, itulah kejayaan bagi kami,” katanya.
Sumber-Utusan

28 Sep 2011

Empire Gallery meletup : Letupan macam dalam filem ...






SUBANG JAYA, 28 Sept — Letupan di kompleks membeli-belah Empire Gallery di sini awal pagi tadi dipercayai bermula di bahagian bawah tanah bangunan yang baru itu dan melibatkan saluran gas, kata Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Zainal Rashid Abu Bakar.
Empat orang cedera dalam kejadian itu. Bangunan itu beroperasi tahun lalu.

“Kami belum dapat memastikan punca letupan tetapi kemusnahan adalah teruk, menjejaskan tempat letak kereta dan banyak kedai di bahagian bawah kompleks dan juga aras atas,” kata beliau kepada pemberita di tempat kejadian.

“Pasukan forensik kami masih menyiasat. Kami tidak dapat masuk di beberapa bahagian pusat (membeli-belah)... kerosakan sangat teruk dan kawasan itu telah disita,” katanya lagi.

Rashid mengesahkan bahawa panggilan diterima sekitar pukul 3.45 pagi tadi bahawa terjadi satu letupan di kompleks itu.

Menurut beliau, empat orang cedera dalam letupan iaitu dua pengawal keselamatan rakyat Nepal dan satu pasangan.

Kedua-dua pengawal keselamatan itu yang terperangkap di bahagian bawah tanah telah dihantar ke hospital kerana mengalami kecederan ringan. Mereka dikenal pasti sebagai K. Surendra Kris, 33, dan Chrring Dawak Sepa.

Daryl Chua, 27, dan teman wanitanya Hibbie Tan, 23, kedua-duanya eksekutif jualan juga telah dihantar ke hospital tetapi dibenarkan keluar hospital kemudian.

Ketika ditemui kemudian, Chua memberitahu pemberita bahawa dia sedang berjalan bersama teman wanitanya ke arah kios bayar fi letak kereta, yang terletak beberapa langkah dari kedai Starbucks kira-kira 3.30 pagi dan mendengar letupan.

“Sebelum itu kami berada di La Bodega untuk makan malam dan kemudian berlepak di luar kereta. Tiba-tiba kami mendengar letupan semasa hendak ke kios... macam dalam filem. Saya ingat (letupan) bom,” katanya lagi.

Chua berkata, ekoran letupan itu dia terjatuh dan tercampak beberapa meter dan mengakibatkan lecet di bahagian tangan.

Katanya, dia juga dengar bunyi kaca berkecai dan melihat runtuhan bangunan selain bunyi siren keselamatan premis, menyebabkan dirinya panik.

“Dan, kemudian saya nampak api. Keseluruhan bahagian depan kompleks rosak sama sekali. Saya ingat saya sudah mahu mati,” katanya lagi.

Apabila keadaan reda sedikit, Chua berkata, dia membantu Tan yang tergeliat untuk ke kawasan yang selamat dan memaklumkan mereka yang lalu lalang dan penduduk kawasan berhampiran berkejar ke lokasi kejadian.

Keretanya, Volkswagen Golf GTI berwarna hitam rosak teruk.

27 Sep 2011

Gambar terbaru Liyana Jasmay , dah jadi tauke fesyen pun ...



AZ ucap tahniah la kepada pelakon muda   Liyana Jasmay yang akan mengeluarkan rangkaian produk fesyen baju berjenama sendiri pada awal tahun depan. lebih banyak rekaan pakaian yang dikhaskan untuk perempuan.   Ramai artis-artis muda sekarang ini menceburi bidang perniagaan dan ini amat digalakkan dalam Islam .

Sekurang-kurangnya ini adalah satu jihad peniagaan ...Peniaga Muslim didahulukan .



4 Sep 2011

Gambar jenazah Allahyarham Noramfaizul tiba di TUDM Subang












AZ  bangga  sekali dengan PM kita yang sanggup pulang dari luar negara lebih awal untuk menghadirkan diri menyambut ketibaan pasukan Aman Malaysia dan  Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

AZ ucap salam takziah kepada keluarga arwah ..Al Fatihah

29 Aug 2011

Salam Lebaran dari Akim Zone


1)  AZ ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kepada keluarga , saudara mara dan rakan-rakan dan juga  pembaca blog ini  .


2)  Insyallah AZ seperti biasa akan beraya di Kampung Pelet ( kampung famous Nasi Briyani Kambing )  di pagi raya  dan mungkin petang  akan ke Kampung Sg Seluang di Lunas, Kulim . Cuti Raya kali ini memang lama iaitu selama 1 minggu !


3 ) Hati-hati memandu kereta kerana sekarang musim hujan ...seperti ayat skema selalu didengar " Ingat orang yang tersayang "

Salam Aidilfitri, 


Akim Zone 

27 Aug 2011

Iklan Raya 2011 yang akan menyentuh hati anda ...



Iklan Raya yang cukup menyentuh hati AZ tentang pengorbanan seorang ibu ...

Zakat Fitrah telah dibayar , kehangatan 1 Syawal semakin terasa


AZ hari ini telah menunaikan satu kewajipan  sebagai seorang  Muslim di hujung bulan Ramadhan  dengan membayar zakat Fitrah .  Seperti kebiasaan setiap tahun , AZ akan  membayar zakat kepada amil yang dilantik di kampung iaitu Tok Long Musa . Harga fitrah seseorang untuk tahun ini ialah RM7 bagi negeri P.Pinang .

Bila sudah membayar zakat ini , AZ baru lah  terasa mood raya 1 Syawal  semakin dekat.  

Sini ada info sedikit  mengenai Zakat Fitrah ini dan  apa hukum orang tidak membayar zakat fitrah . Sama2 la kita membayar zakat ...



Orang yang tidak membayar zakat fitrah puasanya tidak diangkat ke langit, berdasarkan sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim: 

"Puasa seseorang tergantung di antara langit dan bumi, tidak diangkat ke langit kecuali dengan zakat fitrah. 

"Zakat fitrahlah yang "membantu" ibadah puasa kita terangkat di langit dan dicatat sebagai sebuah bentuk ketaatan. 

detik Ramadhan

24 Aug 2011

Gambar Stesen Keretapi Penanti ( lama ) sebelum dirobohkan ...


AZ memang minat giler dengan sistem pengangkutan rel di Malaysia .Sebabnya  abah AZ sendiri adalah pemandu keretapi sejak tahun 1982 lagi hingga sekarang .  Penanti merupakan pekan di mana kawasan AZ tinggal dan bekerja .

AZ sempat mengambil gambar stesen keretapi lama Penanti ini sebelum ia dirobohkan oleh pihak kontraktor MMC-Gamuda yang akan membina sebuah stesen baru . Insyallah AZ akan update juga perkembangan terbaru pembinaan stesen ini yang sedang dalam pembinaan termasuk flyover ( road over bridge ) .






23 Aug 2011

3 pemain Skuad Olimpik dipinjam 3 bulan kelab Slovakia



PEMAIN bola sepak negara sebenarnya mampu mencipta nama di bumi Eropah.Apa yang penting, mereka perlu berani serta ada keyakinan untuk bersaing.

Buktinya, tiga tonggak skuad Olimpik negara – Wan Zack Haikal Wan Nor, Irfan Fazail dan Fadhli Shas – telah mendapat perhatian sebuah kelab di Liga Corgon Slovakia, ViOn Zlate Moravce.




Sebagai permulaan, mereka akan menyertai kelab tersebut sebagai pemain pinjaman untuk selama tiga bulan hingga November depan.

Aksi cemerlang mereka sepanjang siri perlawanan persahabatan skuad Olimpik di Slovakia ketika ini telah menarik minat kelab yang menjadi lokasi pangkalan skuad negara sepanjang sebulan di sana.

Jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee berkata, urusan pinjaman ketiga-tiga pemain Harimau Muda A itu kini sedang diselesaikan dan andai sudah dimuktamadkan, Wan Zack, Irfan dan Fadhli tidak akan dapat pulang berhari raya.

“Saya harap ketiga-tiga pemain ini akan membuka lembaran baharu agar lebih ramai lagi pemain kita dapat beraksi di liga sekitar Eropah.

“Walaupun liga utama Slovakia ini kurang prestij jika dibandingkan dengan Liga Perdana England, ia tetap mempunyai kualiti yang baik.

“Biarlah pemain kita bermula di Slovakia dan kita berharap mereka ini membuktikan dahulu kemampuan di sini sebelum berfikir jauh untuk beraksi di liga lebih ternama,” kata Kim Swee ketika dihubungiKosmo! di Slovakia semalam.
Selepas enam perlawanan, ViOn kini menduduki tangga ketiga Liga Corgon dengan tiga kemenangan, dua seri dan sekali tewas, hanya dua mata di belakang pendahulu, Slovan Bratislava yang beraksi padaplayoff Liga Europa.

Wan Zack, 20, yang beraksi di posisi sayap merupakan penjaring terbanyak skuad Olimpik selepas lima aksi persahabatan di Slovakia dengan menjaringkan tiga gol.

Irfan, 20, pula yang beraksi sebagai penyerang kedua atau pemain tengah menyerang telah menjaringkan satu gol, manakala Fadhli, 20, yang juga pemain kebangsaan beraksi di posisi pertahanan tengah.
Mereka bagaimanapun akan tetap diberi pelepasan untuk beraksi pada Kelayakan Olimpik 2012 dan Sukan SEA 2011, November depan.

Dalam pada itu, Kim Swee mahu menjadikan dua perlawanan terakhir di Slovakia bertemu kelab Liga Corgon, FC Nitra malam ini dan kelab Liga 1 Slovakia, Levice malam esok sebagai medan memilih 25 pemain bagi menghadapi Jepun, 21 September depan.

“Saya akan menggunakan dua set pemain berbeza. Nitra kini di tangga kedua Liga Corgon dan baik untuk kita mengenal pasti kekuatan dan kelemahan. Saya akan turunkan skuad utama dan selebihnya akan beraksi menentang Levice.

“Daripada 30 pelatih ketika ini, saya akan umumkan senarai akhir 25 pelatih sebaik tamat perlawanan menentang Levice dan sebelum kita berlepas pulang pada Sabtu ini,” jelas Kim Swee.

Video menarik Raja Vlogging Mat Luthfi sempena Merdeka & Hari Raya Aidilfitri



AZ baru saja kenal si Mat Luthfi dari Kedah ini yang memang popular di You Tube kerana video2 nya yang kreatif dan menarik . Berbakat juga budak ini buat video dan sudah tentunya quality video nya jenis HD .

Apa pun hang pa layan la video terbaru dia ni sempena Merdeka & Hari Raya ...

22 Aug 2011

Fizz Fairuz hero Stanza Cinta bakal berkahwin tidak lama lagi





PERNAH satu ketika, aktor handalan Fizz Fairuz pernah berkata bahawa sudah tiba masanya untuk dia serius dan terus memandang ke depan tanpa perlu melayan segala kontroversi lagi.


Bukan kerana kecewa, terkilan mahupun serik, sebaliknya pelakon yang terkenal menerusi lakonan bersahaja dalam drama rantaian berhantu, Nur Kasih ini enggan membebankan fikirannya dengan hal remeh yang memenatkan.


Lantas bertemu kembali dengannya petang Rabu lalu, anak jati kelahiran Raub, Pahang ini cuba mengelak daripada bercakap soal kontroversi.








Namun, kesimpulan selepas lama berborak, baik Fizz mahupun Jehan sendiri terpaksa akur dengan hakikat kisah peribadi mereka akan disingkap untuk kongsi bersama masyarakat. Mahu atau tidak, itulah realiti menjadi seorang anak seni.




Celah Fizz, itulah lumrah yang terpaksa ditelannya meskipun jauh di sudut hati, tersembunyi perasaan yang kecewa setiap kali dihambat kisah negatif.


“Awal dulu memang sakit hati juga, tapi sekarang saya sudah rasa macam kalis peluru dengan segala kontroversi atau spekulasi yang datang. Mung�kin ia berkait rapat dengan kematangan diri,” kata Fizz tersenyum.


Terlanjur bercerita soal spekulasi, terbaru Fizz juga bintang drama siri Stanza Cinta yang sedang rancak ditayang�kan di TV3 dikatakan mula beralih arah cintanya. Selepas lebih lima tahun menyemai kasih bersama dramatis Almy Nadia, tidak semena-mena timbul pula khabar angin yang mengatakan aktor popular ini meninggalkan kekasihnya untuk seorang lagi dramatis baru.


Bagaimanapun, sebaik dilontarkan persoalan itu, Fizz hanya tersenyum dan tenang mengatur bicara. Selain menganggap cerita yang timbul adalah isu mengarut, malah aktor berusia 32 tahun ini menafikan sekeras-kerasnya akan dakwaan kononnya dia sudah berpisah dengan Almy.


“Memang saya pernah dengar cerita-cerita ini daripada teman dan kenalan namun tidak langsung saya ambil peduli. Bukan kerana tidak gusar atau mengambil mudah sebaliknya saya malas dan penat untuk melayan kisah yang tidak betul seperti ini. Entah dari mana dan sumber mana yang menyebut tapi hakikatnya saya tak pernah pun memutuskan hubungan dengan Almy.


“Kami sudah lebih lima tahun bersama dan mustahil untuk saya melepaskan Almy begitu saja. Kami sudah serasi bersama dan kenal antara satu lain. Malah, sekarang pun saya sudah bersedia untuk membawanya ke peringkat yang lebih jauh kerana sebelum ini masing-masing sibuk dan gigih mengukuhkan nama.


“Insya-Allah kalau diberi rezeki dan keizinan, saya akan mengakhiri hubungan ini dengan cara yang baik tidak lama lagi,” katanya yang enggan mengulas lebih lanjut.








PROFIL


NAMA SEBENAR: Mohd Fairuz Zainal Abidin
TARIKH LAHIR: 22 Oktober 1979
USIA: 32 tahun
TEMPAT LAHIR: Raub, Pahang
KERJAYA: Pelakon dan pengacara
FILEM: Gerak Khas The Movie, Orang Minyak, Anak Halal dan Nur Kasih
DRAMA: Stanza Cinta, Mentari Corporation, Peluang Kedua, Puteri, Famili Ceria, Dua Hati, Kaizer, Kaber Hero Kaber Zero, Anak Betong, A.D.A.M, Kekasihku Seru ,Nur Kasih
Program televisyen: Oh Rupanya

21 Aug 2011

Stesen Keretapi dalam pusat membeli belah di Pulau Pinang !


Tentu ramai tak percaya ada pusat membeli belah pun ada Stesen Keretapi . Ini adalah gambar yang AZ shoot di Sunway Carnival, Seberang Jaya  yang mana mereka bikin sempena Hari Raya Aidilfitri pada hujung bulan ini .

Cantik dan menarik juga replika stesen keretapi antik ini kalau anda semua dapat pergi tengok .Malah ada juga pengunjung2 ke situ sempat mengambil gambr kenangan di stesen .

cantik prop  stesen keretapi ini ..


kaunter tiket macam kaunter fun fair pulak


replika koc keretapi juga dinaiki pengunjung





Top 10 Twitter trend minggu ini !





Twitter trends were topped by soccer (okay, football) news this week, with Jersey Shore coming in second as a result of an unusual request by clothier Abercrombie & Fitch.
Of course, Justin Bieber still appeared on the list, along with Harry Potter, a fondly remembered rock star, a special day for Brazilian dads, and even a couple of fast food joints. It was an eclectic week, to say the least.
See the full list below. Note that hashtag games and memes have been omitted from the data. You can check Twitter trends from the past in our Top Twitter Topics section.

Top Twitter Trends This Week:





source : mashable.com

14 Aug 2011

Ceramah Ustaz Kazim Elias sempena Hari Raya tak lama lagi




AZ cukup suka ceramah Ustaz Kazim Elias ini kerana kebijaksanaanya mengupasa isu-isu agama dan semasa menarik sekali dengan lawak jenakanya . Ini video sempena Hari Raya yang tidak lama lagi untuk tauladan kita semua .

10 Aug 2011

TERKINI ! Anak gadis hilang ...mohon bantuan siapa yang pernah lihat !


Seri Najwa dikhuatiri hilang (diculik) pada 04/08/2011
di Tualang Sekah, Malim Nawar, Perak.

Nama : Seri Najwa Ferda Bt. Hassan
Umur : 17 tahun
Tinggi : 156 cm
Kepada sesiapa yg ternampak atau memiliki info sila hubungi:
Puan Seri Wangi (Ibu) - 017-5999137
Ameerul (Abang) - 017-5351451
Sarjan Norhisham - 019-5162896
Adzam Anuar (Bapa Saudara) - http://www.facebook.com/profile.php?id=8​11746307
atau hubungi mana2 balai polis berhampiran.

8 Aug 2011

Siapa pemain bola sepak popular berpegang tangan dengan awek di Universal Studio ?


Hari ini, kami menerima 2 keping gambar Dahlia Teck bercuti-cuti bersama rakan, serta seorang jejaka yang dipercayai amat popular orangnya. 

Tegap & sasa orangnya. Kasih sayang seorang abang terhadap adik, mungkin? Iya’lah, takut juga adik sesat dalam Universal Studio Singapura yang seluas 20 hektar tu kan. Susah nak cari nanti.
 
Bersangka baik lah kita sempena bulan Ramadhan ini. Ehem.

sumber : Oh Bulan 

Filem Alien turun di zaman Cowboy di US





Filem ini nampak adventure sebab Alien turun mai zaman Cowboy . Insyallah AZ akan cuba menonton filem ini di hujung minggu selepas tayangan bermula  11 Ogos nanti.  

Alien & Cowboy menampilkan  lakonan hero James Bond Daniel Craig dan Harisson Ford melawan alien yang turun ke bumi bagi untuk membunuh manusia ..


31 Jul 2011

Sokongan penyokong Malaysia di Uptown Bandar Perda kepada Harimau Malaya


Walaupun pasukan kesayangan kita Harimau Malaya tewas kepada Singapura dan tidak dapat layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2014 , tetapi sokongan rakyat dan peminat terhadap pasukan ketika perlawanan itu memang AZ salute la .

Tidak kira di Stadium Bkt Jalil yang menghimpunkan 90,000 penyokong dan jutaan lagi di luar sana memang member sokongan padu kepada pasukan Harimau Malaya .  AZ yang berada di Bandar Perda malam itu serta ratusan lagi tidak berganjak dari memerhati perlawana di layar besar disediakan Nasi Kandar Nashmir ini .





Bila gol Malaysia menjelma oleh Safee Sali , terus bersorak riang peminat di sini sampai ada brader di situ angkat kerusi terus .  Selepas tamat perlawanan , penyokong di sini memberi tepukan kepada pasukan negara walaupun tewas sambil melihat wajah kesedihan dikalangan pemain .

Cuba lagi wira Harimau Malaya !

Kalah sekali ini bukan penamat segala-galanya ...


Ikuti video laungan semangat berterusan kepada pasukan Harimau Malaya oleh Ultras Malaya walaupun sudah tamat perlawanan.

28 Jul 2011

AZ di Bandar Perda malam ini untuk menyokong Harimau Malaya !


Malam ini AZ akan berada di Uptown Bandar Perda bersama ratusan peminat bola sepak bagi memberi sokongan kepada pasukan Harimau Malaya .  Tiada yang mustahil dalam bola sepak , 2 gol insyallah boleh dicari jika pemain bermain bersungguh-sungguh 90 minit di padang dan dibantu sorakan semangat lebih 85,0000 penyokong setia .



AZ yakin penyerang popular di Indonesia iaitu Safee Sali akan meledakkan gol untuk negara ..

MALAYSIA BOLEH !!

27 Jul 2011

85,000 tiket habis dijual ! Ultras Malaya akan kecutkan teloq Singapork !







PUTRAJAYA, 27 Julai – Kesemua baki 85,000 tiket yang disediakan untuk perlawanan timbal balik pusingan kedua kelayakan Piala Dunia antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam esok, telah habis dijual, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek hari ini.



Beliau berkata penjualan tiket yang menggalakkan dan di luar jangkaan itu membuktikan sokongan padu rakyat Malaysia terhadap pasukan bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya tetap kukuh.

“Petang ini kesemua baki 85,000 tiket sudah habis dijual yang membuktikan rakyat Malaysia sememangnya yakin dengan pasukan kebangsaan.



“Saya menyeru semua penyokong datang memberi sokongan padu sehingga kita menang saingan ini,” katanya kepada Bernama ketika ditemui dalam tren KLIA Transit dalam perjalanan ke KL Sentral bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta anggota kabinet yang lain bagi kempen kibar Jalur Gemilang.



Sebanyak 60,000 tiket telah dibeli pada hari pertama tiket perlawanan itu dijual Selasa lepas.

Malaysia kalah 3-5 pada perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar di republik itu, Sabtu lalu.

12 Jul 2011

FAP cari pemain bola sepak untuk Liga M , mai jangan tak mai !



GEORGE TOWN - Pemain bola sepak tempatan yang berminat menyarung jersi Pulau Pinang bagi musim Liga Bola Sepak Malaysia tahun depan, kini dipelawa menunjukkan kebolehan masing-masing dengan menyertai sesi pemilihan pada Sabtu dan Ahad ini.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) Mohd Ridzwan Bakar berkata, sesi pemilihan pemain fasa pertama itu diadakan di Padang C, Universiti Sains Malaysia (USM) di sini.

"FAP sedang mencari pemain baru untuk mewakili negeri ini bagi musim depan dan mereka yang berminat boleh menjalani latihan pemilihan itu pada pukul 8.30 pagi sehingga 3.30 petang di padang USM di sini," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, selain dari mewakili Pulau Pinang untuk skuad kesebelasan utama bagi Liga FAM, persatuan itu juga sedang mencari pemain muda bagi mewakili pasukan Piala Presiden.

Syarat-syarat yang dikenakan ialah lelaki yang berusia 18 tahun ke atas dan hadir dengan memakai pakaian dan kasut bola sepak serta membawa bersama resume, salinan kad pengenalan dan sekeping gambar berukuran pasport.

Mohd Ridzwan berkata, mereka yang berumur 21 tahun ke bawah akan dipilih untuk mewakili Piala Presiden manakala yang berumur melebihi 21 tahun dipilih untuk skuad utama negeri.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan keterangan lanjut dengan menghubungi Nazir Adanan atau Hamzah Mohamad Ismail menerusi talian 04-2272330.- Bernama

4 Jul 2011

Transformer 3 Dark of the Moon wajib ditonton kaki wayang !


Selepas AZ menonton filem di pawagam pada hari kedua ... kepada peminat cerita robot ini, ia  wajib ditonton !  Rupa-rupanya kapal induk yang terhempas di bulan adalah dari pahlawan Autobot iaitu Sentinel Prime . 

Tetapi Sentinel Prime ini telah khianat dan belot kepada Optimus Prime &  manusia di bumi apabila sanggup bersekongkol dengan Decepticon untuk  menguasai bumi .

Maka terjadilah peperangan hebat di Chicago yang mana pusat utama mereka untuk bertapak di bumi .

4 bintang diberikan untuk filem ini !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...