Pages

Subscribe:

Labels

12 Jul 2011

FAP cari pemain bola sepak untuk Liga M , mai jangan tak mai !



GEORGE TOWN - Pemain bola sepak tempatan yang berminat menyarung jersi Pulau Pinang bagi musim Liga Bola Sepak Malaysia tahun depan, kini dipelawa menunjukkan kebolehan masing-masing dengan menyertai sesi pemilihan pada Sabtu dan Ahad ini.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) Mohd Ridzwan Bakar berkata, sesi pemilihan pemain fasa pertama itu diadakan di Padang C, Universiti Sains Malaysia (USM) di sini.

"FAP sedang mencari pemain baru untuk mewakili negeri ini bagi musim depan dan mereka yang berminat boleh menjalani latihan pemilihan itu pada pukul 8.30 pagi sehingga 3.30 petang di padang USM di sini," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, selain dari mewakili Pulau Pinang untuk skuad kesebelasan utama bagi Liga FAM, persatuan itu juga sedang mencari pemain muda bagi mewakili pasukan Piala Presiden.

Syarat-syarat yang dikenakan ialah lelaki yang berusia 18 tahun ke atas dan hadir dengan memakai pakaian dan kasut bola sepak serta membawa bersama resume, salinan kad pengenalan dan sekeping gambar berukuran pasport.

Mohd Ridzwan berkata, mereka yang berumur 21 tahun ke bawah akan dipilih untuk mewakili Piala Presiden manakala yang berumur melebihi 21 tahun dipilih untuk skuad utama negeri.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan keterangan lanjut dengan menghubungi Nazir Adanan atau Hamzah Mohamad Ismail menerusi talian 04-2272330.- Bernama

4 Jul 2011

Transformer 3 Dark of the Moon wajib ditonton kaki wayang !


Selepas AZ menonton filem di pawagam pada hari kedua ... kepada peminat cerita robot ini, ia  wajib ditonton !  Rupa-rupanya kapal induk yang terhempas di bulan adalah dari pahlawan Autobot iaitu Sentinel Prime . 

Tetapi Sentinel Prime ini telah khianat dan belot kepada Optimus Prime &  manusia di bumi apabila sanggup bersekongkol dengan Decepticon untuk  menguasai bumi .

Maka terjadilah peperangan hebat di Chicago yang mana pusat utama mereka untuk bertapak di bumi .

4 bintang diberikan untuk filem ini !

3 Jul 2011

Malaysia tewas 2 -3 kepada Taiwan , tapi layak ke Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia

Tewas tetapi layak ke pusingan seterusnya .. itu lah nasib pasukan Harimau Malaya yang tewas kepada Chinese Taipei 2  - 3   tetapi layak ke pusingan kedua selepas kelebihan gol tempat lawan .

Gol class dunia dijaringkna Aidil dan Safiq telah membantu pasukan kita sebenarnya yang terpaksa berdepan tekanan oleh lawan serta juga mutu pengadilan berat sebelah pengadil Vietnam .

Walau bagaimanapun , AZ harap Datuk Rajagopal dan anak2 buahnya dapat memperbaiki semula mutu permainan dan juga semangat  sebelum perlawanan pusingan kedua bertemua Singapura.

Ketiadaan Apek dan Safee Sali jelas membantutkan pasukan Harimau Malaya ..  Hadi Yahya & Fakri Saarani perlu tajamkan penyudah depan pintu gol .

MALAYSIA BOLEH  !



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...