Pages

Subscribe:

Labels

29 Mar 2012

Samsung Note bantu pelukis hasilkan karikatur




DALAM era pemodenan yang dikecapi hari ini, pelbagai peranti dan aplikasi canggih dibangunkan untuk menawarkan kemudahan kepada manusia sejagat. Kecanggihan teknologi yang ditonjolkan peranti dan aplikasi tersebut bukan sahaja membantu dalam melancarkan kehidupan seharian orang ramai malah memberi sinar baharu kepada pengkarya seni.

 Terbaharu, syarikat gergasi Samsung yang memperkenalkan Galaxy Note memberi pilihan terbaharu kepada pengkarya seni untuk menghasilkan karya mereka dengan lebih mudah dan pantas. Dijana sistem operasi Android 2.3 Gingerbread, peranti itu dilengkapi paparan skrin 13.5 sentimeter (sm) Super Amoled definisi tinggi (HD) yang membolehkan pelukis karikatur menghasilkan lukisan mereka tanpa menggunakan kertas ataupun kanvas.

 Pelukis karikatur, Nordin Yusoff, 45, berkata, perkembangan teknologi terutamanya yang ditonjolkan dalam peranti telefon pintar seperti Samsung Galaxy Note dapat membantu pengkarya seni.

 “Dengan menggunakan S Memo dan pen stylus (S Pen) yang terdapat di dalam peranti ini, saya dapat menghasilkan lukisan karikatur di mana-mana sahaja. “Paparan skrin yang luas dan jelas turut membantu dalam ketelitian karya karikatur secara digital,” katanya ketika ditemui Kosmo! semasa mengadakan Samsung Galaxy Note Studio di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur baru-baru ini.

 Nordin menambah, peranti berkenaan membenarkan dia memilih pelbagai jenis pen, berus, pensil dan pen marker mengikut kesesuaian karya yang ingin dihasilkan. Lelaki yang lebih dikenali dengan nama Ambo itu berkata, dia juga boleh melaras saiz dan ketebalan garisan yang digunakan semasa melukis sekali gus memudahkan lagi proses lorekan.

 “Teknologi yang ditawarkan peranti ini turut membenarkan pelukis-pelukis memilih warna pilihan mereka. “Selain daripada itu, saya boleh mewarnakan latar belakang dengan lebih pantas kerana tidak perlu menggunakan pelbagai jenis berus,” katanya. Ambo menjelaskan, penelitian dapat dilakukan dengan menggunakan peranti tersebut apabila ia didatangkan bersama ciri pinch dan zoom (untuk mengecil atau membesarkan pandangan gambar).

 Sebagai pelangkap kepada semua fungsi tersebut, terdapat pelbagai pilihan efek yang boleh dipilih bagi menyerlahkan warna dan hasil akhir lukisan. Kelebihan Dia memberitahu, penggunaan teknologi dalam menghasilkan karikatur dapat membantu apabila melakukan kesilapan. Sebagai contoh dia berkata, hanya perlu menekan buat asal (undo) untuk memastikan kesilapan tersebut hilang sekelip mata. PAPARAN skrin yang luas dan jelas membantu pelukis karikatur menghasilkan karya dengan baik.

 “Berbanding kaedah konvensional, ia akan memakan masa yang lebih panjang untuk membaiki kesilapan pada karikatur tersebut. Bagaimanapun, saya masih berasa kekok semasa menggunakan peranti ini dan perlu membiasakan diri,” ujarnya.

 Dalam pada itu, seorang lagi pelukis karikatur, Olyhairy Othman, 28, memberitahu, dia merasakan Galaxy Note dapat memberi kebebasan kepada pelukis seperti dirinya. “Saya banyak bergerak untuk menghasilkan karikatur terutamanya apabila menghadiri acara-acara umum ataupun persendirian. “Justeru, pengenalan peranti yang mempunyai teknologi seperti ini membolehkan pelukis karikatur seperti kami memanfaatkan kemudahan yang membantu melancarkan kerja,” ujarnya.

 Dia yang mempunyai pengalaman selama hampir lima tahun melukis karikatur menambah, gajet berkenaan juga memberi nilai tambah kepadanya. Sebagai contoh, hasil akhir boleh dipindahkan terus kepada pelanggan dengan menggunakan teknologi Bluetooth. Setelah itu, pelanggannya boleh mencetak hasil lukisan tersebut pada bila-bila masa sahaja.

 Bagi seorang lagi seniman berbakat, Ramza Hurin, 42, telefon pintar berkenaan dapat membantu menjimatkan kos menghasilkan karya karikatur. Dia menambah, penggunaan peranti berkenaan dapat membantu dari segi pembelian bahan dan peralatan seperti warna, berus dan pen. “Kita juga tidak perlu menggunakan ataupun menukar kertas apabila berlaku kesilapan. “Menilai dari sudut yang lebih luas, kelebihan itu sekali gus dapat membantu memulihara alam sekitar yang diancam perubahan iklim global,” katanya.

 Kebebasan berkarya Sementara itu, Pengarah Urusan Samsung Malaysia Electronics, Kwon Jae Hoon, berkata, telefon pintar Galaxy Note memberi kebebasan artistik kepada pengguna.

 “Peranti ini seumpama buku nota kertas tetapi dilengkapi teknologi dan perkhidmatan ditawarkan telefon pintar Samsung. “Ia membenarkan pengguna menyunting, menghasilkan karya dan berkongsi idea dengan mudah serta pantas,” ujarnya.


Jae Hoon memberitahu, S Pen yang didatangkan bersama Galaxy Note mempunyai fungsi terkini untuk memberikan pengalaman baharu kepada pengguna. Tambahnya, pengguna boleh menggunakan pen digital tersebut untuk melakar dan menghasilkan karya dengan bebas.

 Selain daripada membantu penggiat dunia seni, Samsung turut menjalin kerjasama kreatif dengan penyanyi terkenal tanah air Yunalis Zarai atau Yuna dalam The Sparkle Project. Projek berkenaan akan memperlihatkan pembikinan video muzik pertama menggunakan peranti Samsung Galaxy Note sempena judul lagu terbaharu Yuna iaitu Sparkle.

 “Saya tidak sabar untuk melihat video muzik yang bakal dirakam sepenuhnya menggunakan peranti berkenaan. “Pada masa sama, saya berasa amat teruja dan ingin melihat bagaimana mereka menghasilkan video muzik ini,” kata penyanyi berusia 24 tahun itu.

 Yuna memberitahu, Galaxy Note merupakan peranti yang serba lengkap dan membenarkan meneroka dunia kreatif. Katanya, ia seumpama membawa 10 peranti dalam satu apabila boleh mendengar muzik, menonton video, merakam imej, melayari Internet dan pelbagai lagi tugasan. “Selain daripada itu, ia yang dilengkapi S Pen yang membenarkan pengguna melukis, menyunting imej daripada laman web dan melukis pada video.

 “Dengan reka bentuk yang nipis dan ringan, ia memudahkan saya membawa peranti ini terutamanya ketika mengembara,” ulasnya.


Nora Danish akui lentik pinggulnya adalah asli



Asli & original ...itu lah pengakuan ikhlas dan jujur aktress cun dan tengah hot ini , Nora Danish yang mendapat lentik punggung dan pinggulnya  adalah asli ketika ditanya dalam satu majlis .

AZ boleh dikatakan   minat juga la   dengan janda meletup ini ...sudah la  cun , suara manjanya pun boleh melentokkan siapa yang mendengarnya ...hahaha...

Apapun kepada kaki-kaki dengki dan cucuk tu ..berhenti la mengumpat ... tak baik mengata orang cakap barang orang lain tak original ...


13 Feb 2012

BR1M : Datuk Aziz Sattar berterima kasih kepada kerajaan




 “Pendapatan saya tidak menentu, kadang-kadang ada tawaran, tetapi ada juga tiga hingga empat bulan tiada tawaran berlakon. Kerana itu saya cuba mohon Bantuan Rakyat 1Malaysia ini, dan Alhamdulillah dapat”.

Demikian menurut pelakon dan pelawak veteran Datuk Aziz Sattar, antara penerima BR1M, di kawasan Parlimen Titiwangsa yang disampaikan Pemangku Ketua Umno, Datuk Johari Abdul Ghani.

Bercerita lanjut, Aziz berkata, dia gembira dengan kunjungan pemimpin setempat itu yang melapangkan masa menyampaikan sendiri baucar bantuan tersebut kepadanya.

Beliau berterima kasih kepada Umno Bahagian Titiwangsa yang yang prihatin kepada golongan warga emas sepertinya.

“Kehidupan saya sekarang ini seperti biasa, kalau ada tawaran berlakon, adalah pendapatan. Bila dapat lebih, perlu pandai-pandai uruskan untuk tampung perbelanjaan ketika tiada tawaran,” katanya ketika penyerahan baucar BR1M oleh Umno Bahagian Titiwangsa, di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR), Ampang Hilir, di sini kelmarin.

Aziz berkata, dia berhasrat bekerjasama dengan Umno Bahagian Titiwangsa menganjurkan program motivasi mengenang mereka yang berjasa kepada negara ini.

Katanya, rakyat perlu didedahkan sumbangan pemimpin sebelum ini sehingga sekarang.

Sementara itu, difahamkan jumlah penerima BR1M di Parlimen Titiwangsa setakat ini seramai 4,975 orang, manakala seramai 4,790 lagi dijangka menerimanya hari ini dalam satu majlis yang akan berlangsung di Pejabat Umno Bahagian Titiwangsa.


AZ :  terima kasih kerajaan BN ...sumbangan BR1M memberi makna kepada RAKYAT !!

How to Change Blogger Template




Personally I feel three column blogger templates are better and I have mentioned resources for free blogger templates in my earlier post free-blogger-templates-resources

So you may want to change your blogger blog template to a better professional looking template and here is guide for it.


To change blog template please follow the following steps

Steps for installing default blogger templates

1) After login to your blogger account go to

Dashboard > Layout > Pick new template

Then you can choose from available templates on blogger.com and click Save template.
You need to save widgets before doing this as mentioned below.

Steps for installing third party blogger templates

1) Suppose you want to install some other third party template which is not on blogger website.
Then you can download the template you like from the website and can save that template on your hard drive .

2) Then you need to backup your original template first. For this from Dashboard go to > Layout > Edit HTML > Download full template > choose save to disk and save it on your hard disk.
This backup is helpful if anything goes wrong with new template.

3) Now when we change template , the widgets are lost .Widgets are your added page elements like visitors counter , html script , link list etc. So you need to download code of each widget properly name it and save it with notepad as a text file. To copy code of each widget you need to go to Page elements then edit and you can view the code of respective page element which you can copy and then paste in Notepad.

4) Now go to Dashboard > Layout > Edit HTML > Browse
Choose saved template from your hard disk and click Upload.
This will give you warning for widgets to be deleted.
Then you can continue with save template.
Your new template is installed , so view your blog and check it

5) Now start installing each widgets you have saved earlier by going to Page Elements > Add a Gadget.

Hope this post is useful and works out.

3 Feb 2012

RM 24 ribu untuk road tax saja , kaya betul orang Malaysia !


Harga Road tax Proton Saga  yang AZ punya dengan road tax kereta ini bagai langit dan bumi . Memang jutawan rasanya  tuan punya kereta ini hingga RM 24,598.50  ribu sanggup dilaburkan untuk road tax sahaja .

Kereta ini ialah antara yang termahal dunia iaitu   Bugatti Veron dan harganya berpatutan je  iaitu dalam RM 4 juta .

Boleh  mencapai kelajuan 407 km/h, tapi kalau nak bawak kat Malaysia sampai 407 km/h agak mustahil. Dikhabarkan  minyak petronya  , RM 10 untuk 1km !!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...