Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts
23 Aug 2011
3 pemain Skuad Olimpik dipinjam 3 bulan kelab Slovakia
PEMAIN bola sepak negara sebenarnya mampu mencipta nama di bumi Eropah.Apa yang penting, mereka perlu berani serta ada keyakinan untuk bersaing.
Buktinya, tiga tonggak skuad Olimpik negara – Wan Zack Haikal Wan Nor, Irfan Fazail dan Fadhli Shas – telah mendapat perhatian sebuah kelab di Liga Corgon Slovakia, ViOn Zlate Moravce.
Sebagai permulaan, mereka akan menyertai kelab tersebut sebagai pemain pinjaman untuk selama tiga bulan hingga November depan.
Aksi cemerlang mereka sepanjang siri perlawanan persahabatan skuad Olimpik di Slovakia ketika ini telah menarik minat kelab yang menjadi lokasi pangkalan skuad negara sepanjang sebulan di sana.
Jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee berkata, urusan pinjaman ketiga-tiga pemain Harimau Muda A itu kini sedang diselesaikan dan andai sudah dimuktamadkan, Wan Zack, Irfan dan Fadhli tidak akan dapat pulang berhari raya.
“Saya harap ketiga-tiga pemain ini akan membuka lembaran baharu agar lebih ramai lagi pemain kita dapat beraksi di liga sekitar Eropah.
“Walaupun liga utama Slovakia ini kurang prestij jika dibandingkan dengan Liga Perdana England, ia tetap mempunyai kualiti yang baik.
“Biarlah pemain kita bermula di Slovakia dan kita berharap mereka ini membuktikan dahulu kemampuan di sini sebelum berfikir jauh untuk beraksi di liga lebih ternama,” kata Kim Swee ketika dihubungiKosmo! di Slovakia semalam.
Selepas enam perlawanan, ViOn kini menduduki tangga ketiga Liga Corgon dengan tiga kemenangan, dua seri dan sekali tewas, hanya dua mata di belakang pendahulu, Slovan Bratislava yang beraksi padaplayoff Liga Europa.
Wan Zack, 20, yang beraksi di posisi sayap merupakan penjaring terbanyak skuad Olimpik selepas lima aksi persahabatan di Slovakia dengan menjaringkan tiga gol.
Irfan, 20, pula yang beraksi sebagai penyerang kedua atau pemain tengah menyerang telah menjaringkan satu gol, manakala Fadhli, 20, yang juga pemain kebangsaan beraksi di posisi pertahanan tengah.
Mereka bagaimanapun akan tetap diberi pelepasan untuk beraksi pada Kelayakan Olimpik 2012 dan Sukan SEA 2011, November depan.
Dalam pada itu, Kim Swee mahu menjadikan dua perlawanan terakhir di Slovakia bertemu kelab Liga Corgon, FC Nitra malam ini dan kelab Liga 1 Slovakia, Levice malam esok sebagai medan memilih 25 pemain bagi menghadapi Jepun, 21 September depan.
“Saya akan menggunakan dua set pemain berbeza. Nitra kini di tangga kedua Liga Corgon dan baik untuk kita mengenal pasti kekuatan dan kelemahan. Saya akan turunkan skuad utama dan selebihnya akan beraksi menentang Levice.
“Daripada 30 pelatih ketika ini, saya akan umumkan senarai akhir 25 pelatih sebaik tamat perlawanan menentang Levice dan sebelum kita berlepas pulang pada Sabtu ini,” jelas Kim Swee.
8 Aug 2011
Siapa pemain bola sepak popular berpegang tangan dengan awek di Universal Studio ?
Hari ini, kami menerima 2 keping gambar Dahlia Teck bercuti-cuti bersama rakan, serta seorang jejaka yang dipercayai amat popular orangnya.
Bersangka baik lah kita sempena bulan Ramadhan ini. Ehem.
sumber : Oh Bulan
31 Jul 2011
Sokongan penyokong Malaysia di Uptown Bandar Perda kepada Harimau Malaya
Walaupun pasukan kesayangan kita Harimau Malaya tewas kepada Singapura dan tidak dapat layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2014 , tetapi sokongan rakyat dan peminat terhadap pasukan ketika perlawanan itu memang AZ salute la .
Tidak kira di Stadium Bkt Jalil yang menghimpunkan 90,000 penyokong dan jutaan lagi di luar sana memang member sokongan padu kepada pasukan Harimau Malaya . AZ yang berada di Bandar Perda malam itu serta ratusan lagi tidak berganjak dari memerhati perlawana di layar besar disediakan Nasi Kandar Nashmir ini .
Bila gol Malaysia menjelma oleh Safee Sali , terus bersorak riang peminat di sini sampai ada brader di situ angkat kerusi terus . Selepas tamat perlawanan , penyokong di sini memberi tepukan kepada pasukan negara walaupun tewas sambil melihat wajah kesedihan dikalangan pemain .
Cuba lagi wira Harimau Malaya !
Kalah sekali ini bukan penamat segala-galanya ...
Ikuti video laungan semangat berterusan kepada pasukan Harimau Malaya oleh Ultras Malaya walaupun sudah tamat perlawanan.
28 Jul 2011
AZ di Bandar Perda malam ini untuk menyokong Harimau Malaya !
Malam ini AZ akan berada di Uptown Bandar Perda bersama ratusan peminat bola sepak bagi memberi sokongan kepada pasukan Harimau Malaya . Tiada yang mustahil dalam bola sepak , 2 gol insyallah boleh dicari jika pemain bermain bersungguh-sungguh 90 minit di padang dan dibantu sorakan semangat lebih 85,0000 penyokong setia .
AZ yakin penyerang popular di Indonesia iaitu Safee Sali akan meledakkan gol untuk negara ..
MALAYSIA BOLEH !!
27 Jul 2011
85,000 tiket habis dijual ! Ultras Malaya akan kecutkan teloq Singapork !
PUTRAJAYA, 27 Julai – Kesemua baki 85,000 tiket yang disediakan untuk perlawanan timbal balik pusingan kedua kelayakan Piala Dunia antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam esok, telah habis dijual, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek hari ini.
Beliau berkata penjualan tiket yang menggalakkan dan di luar jangkaan itu membuktikan sokongan padu rakyat Malaysia terhadap pasukan bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya tetap kukuh.
“Petang ini kesemua baki 85,000 tiket sudah habis dijual yang membuktikan rakyat Malaysia sememangnya yakin dengan pasukan kebangsaan.
“Saya menyeru semua penyokong datang memberi sokongan padu sehingga kita menang saingan ini,” katanya kepada Bernama ketika ditemui dalam tren KLIA Transit dalam perjalanan ke KL Sentral bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta anggota kabinet yang lain bagi kempen kibar Jalur Gemilang.
Sebanyak 60,000 tiket telah dibeli pada hari pertama tiket perlawanan itu dijual Selasa lepas.
Malaysia kalah 3-5 pada perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar di republik itu, Sabtu lalu.
12 Jul 2011
FAP cari pemain bola sepak untuk Liga M , mai jangan tak mai !
GEORGE TOWN - Pemain bola sepak tempatan yang berminat menyarung jersi Pulau Pinang bagi musim Liga Bola Sepak Malaysia tahun depan, kini dipelawa menunjukkan kebolehan masing-masing dengan menyertai sesi pemilihan pada Sabtu dan Ahad ini.
Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) Mohd Ridzwan Bakar berkata, sesi pemilihan pemain fasa pertama itu diadakan di Padang C, Universiti Sains Malaysia (USM) di sini.
"FAP sedang mencari pemain baru untuk mewakili negeri ini bagi musim depan dan mereka yang berminat boleh menjalani latihan pemilihan itu pada pukul 8.30 pagi sehingga 3.30 petang di padang USM di sini," katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata, selain dari mewakili Pulau Pinang untuk skuad kesebelasan utama bagi Liga FAM, persatuan itu juga sedang mencari pemain muda bagi mewakili pasukan Piala Presiden.
Syarat-syarat yang dikenakan ialah lelaki yang berusia 18 tahun ke atas dan hadir dengan memakai pakaian dan kasut bola sepak serta membawa bersama resume, salinan kad pengenalan dan sekeping gambar berukuran pasport.
Mohd Ridzwan berkata, mereka yang berumur 21 tahun ke bawah akan dipilih untuk mewakili Piala Presiden manakala yang berumur melebihi 21 tahun dipilih untuk skuad utama negeri.
Mereka yang berminat boleh mendapatkan keterangan lanjut dengan menghubungi Nazir Adanan atau Hamzah Mohamad Ismail menerusi talian 04-2272330.- Bernama
3 Jul 2011
Malaysia tewas 2 -3 kepada Taiwan , tapi layak ke Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia
Tewas tetapi layak ke pusingan seterusnya .. itu lah nasib pasukan Harimau Malaya yang tewas kepada Chinese Taipei 2 - 3 tetapi layak ke pusingan kedua selepas kelebihan gol tempat lawan .
Gol class dunia dijaringkna Aidil dan Safiq telah membantu pasukan kita sebenarnya yang terpaksa berdepan tekanan oleh lawan serta juga mutu pengadilan berat sebelah pengadil Vietnam .
Walau bagaimanapun , AZ harap Datuk Rajagopal dan anak2 buahnya dapat memperbaiki semula mutu permainan dan juga semangat sebelum perlawanan pusingan kedua bertemua Singapura.
Ketiadaan Apek dan Safee Sali jelas membantutkan pasukan Harimau Malaya .. Hadi Yahya & Fakri Saarani perlu tajamkan penyudah depan pintu gol .
MALAYSIA BOLEH !
Gol class dunia dijaringkna Aidil dan Safiq telah membantu pasukan kita sebenarnya yang terpaksa berdepan tekanan oleh lawan serta juga mutu pengadilan berat sebelah pengadil Vietnam .
Walau bagaimanapun , AZ harap Datuk Rajagopal dan anak2 buahnya dapat memperbaiki semula mutu permainan dan juga semangat sebelum perlawanan pusingan kedua bertemua Singapura.
Ketiadaan Apek dan Safee Sali jelas membantutkan pasukan Harimau Malaya .. Hadi Yahya & Fakri Saarani perlu tajamkan penyudah depan pintu gol .
MALAYSIA BOLEH !
30 Jun 2011
Kelayakan Piala Dunia 2014 : Malaysia atasi Taiwan 2 - 1
Walaupun pasukan negara menang 2 - 1 di tempat sendiri , tetapi laluan penuh berliku menanti di Taiwan . AZ berharap skuad Harimau Malaya dapat bangkit semula dalam perlawanan kedua dan seterusnya layak ke pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia .
24 Jun 2011
Tahniah ! Skuad Olimpik Malaysia kalahkan Lubnan 2 -1
AZ nak ucapkan tahniah kepada skuad Olimpik Malaysia yang dibarisi pemain Harimau Muda kerana berjaya mengalahkan Lubnan 2- 1 dalam pusingkan kedua kelayakan Pra Olimpik 2012 .
Mendebarkan sungguh game ini dan AZ terpaksa tunggu hingga wisel penamat ... walau bagaimana pun anak buah Ong Kim Swee telah menunjukkan semangat juang yang tinggi walaupun bermain 10 orang .
Kepada team Ultras Malaya ... AZ nampak berminat hendak sertai team hang pa ni . Tunggu kehadiran Ultras Penang nanti ..
18 Jun 2011
Tahniah ! Malaysia benam Myanmar 2 - 0 di Kota Bharu
Akhirnya kemenangan bergaya Malaysia di Stadium Kota Bharu dengan menundukkan Myanmar 2-0 menunjukkan momentum skuad Rajagopal konsisten selepas memenangi Piala Suzuki .
Gol Malaysia dijaringkan oleh Mohd AmirulHadi dan Badrul Baktiar sudah cukup untuk skuad negara yang turun dalam perlawanan ini tanpa lima tonggak utama . AZ lihat barisan pemain-pemain gantian yang cuba digunakan Rajagopal dalam perlawanan seperti Mohd Farisham Ismail , Shakir Shaari dan beberapa lagi pemain membuahkan hasil .
Tahniah skuad harimau Malaya !
Live ! Malaysia VS Myanmar di Kota Bharu 2 - 0
Perlawanan persahabatan diantara Malaysia dengan Myanmar ini baru sahaja bermula pada 8:40 ini bertempat di Stadium Sultan Muhammad IV . Lebih 12,000 penonton dari Kelantan hadir bagi memberi sokongan kepada pasukan Harimau Malaya .
- Kedudukan terkini minit 27 : Malaysia telah mendahului 1 - 0 menerusi jaringan Mohd Amirul Hadi Zainal menerusi gerakan cukup menarik dan menyudakan peluang . Syabas !
- Malaysia menambahkan lagi gol menerusi Badrul Baktiar ..kedudukan sekarang 2 - 0
Subscribe to:
Posts (Atom)















