Pages

Subscribe:

Labels

12 Jul 2011

FAP cari pemain bola sepak untuk Liga M , mai jangan tak mai !



GEORGE TOWN - Pemain bola sepak tempatan yang berminat menyarung jersi Pulau Pinang bagi musim Liga Bola Sepak Malaysia tahun depan, kini dipelawa menunjukkan kebolehan masing-masing dengan menyertai sesi pemilihan pada Sabtu dan Ahad ini.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) Mohd Ridzwan Bakar berkata, sesi pemilihan pemain fasa pertama itu diadakan di Padang C, Universiti Sains Malaysia (USM) di sini.

"FAP sedang mencari pemain baru untuk mewakili negeri ini bagi musim depan dan mereka yang berminat boleh menjalani latihan pemilihan itu pada pukul 8.30 pagi sehingga 3.30 petang di padang USM di sini," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, selain dari mewakili Pulau Pinang untuk skuad kesebelasan utama bagi Liga FAM, persatuan itu juga sedang mencari pemain muda bagi mewakili pasukan Piala Presiden.

Syarat-syarat yang dikenakan ialah lelaki yang berusia 18 tahun ke atas dan hadir dengan memakai pakaian dan kasut bola sepak serta membawa bersama resume, salinan kad pengenalan dan sekeping gambar berukuran pasport.

Mohd Ridzwan berkata, mereka yang berumur 21 tahun ke bawah akan dipilih untuk mewakili Piala Presiden manakala yang berumur melebihi 21 tahun dipilih untuk skuad utama negeri.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan keterangan lanjut dengan menghubungi Nazir Adanan atau Hamzah Mohamad Ismail menerusi talian 04-2272330.- Bernama

1 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...